Mula-mula ceritalah, bila kita sebut pasal santaiwong ramai orang
kata bunyi macam nama orang Cina...tapi kalau tanya orang yang pernah
masuk hutan kerja balak...santaiwong ni, sebenarnya lori hantu..kerja dia
pungah dan angkut balak dari dalam hutan ke kongsi.Kalau kita kat kampung
selalu kita dengar orang panggil nama dengan gelaran, macam mamat cendol,
mail tok nyadap semua tu memberi makna apa kerja atau perangai orang tu.
Kalau orang panggil dia Sudin santaiwong maknanya sudin tu kuat, kuat dari segi
kerja, kuat makan, kuat serbi serbilah. Sudin ni sah tak lari kalau ada orang ugut
takat tiga orang nak lawan dia, minta maaf cakaplah dia tak lari.
Aku bukan apa kait semua ni, cuma nak cerita apa yang berlaku masa kat kampung
dulu, masa kecil-kecil banyak cerita dan gelar mengelar tak tahulah ni cara orang kita
atau apa, yang aku tahu sejak dari kecil lagi ayah aku sendiri dah ada gelar. Kalau tak
ada nama hujung tu orang macam tak kenal dia..tu yang aku pelik sebab nama ayah
aku tu bukannya ramai sangat, kalu ada pun binnya tak sama.
Yang aku takleh lupanya, Pak jing kentut, Deraman rimau sebab apa aku ingat sangat
pasal dia orang walaupun semua ni dah pergi jumpa tuhan, kerana kedua-dua ni ada
kesah tersendiri, orang kata pak jing kentut ni kalau orang cabar dia pasal kentut, dia
boleh buat sampai 100 kali..logik akal mana boleh buat..jawabnya abislah angin dalam perut..
deraman rimau pulak orang beking..sebab tu masa aku kecil2 dulu...bila nampak dia..
jauh aku lari dah...kebenaran dia ni beking tahad mana aku tak tahu.
Sunday, February 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment