Ohayo Gozaimasu, o genki desuka? Ayat ini setiap hari menjadi mainan , kita kenal atau tidak jumpa je orang Jepun sah Ayat ini di tanya pada kita. Tsukuba suatu daerah yang jauh dari Tokyo atau lebih dikenali daerah pertanian dan terdapat juga beberapa kolej dan University.
Rata-rata masyarakatnya cukup baik.Kalau orang Terengganu atau kelantan jatuh kat Tsukuba ni, tentu dia akan rasa seolah-olah berada di kampung halaman sendiri. Balik dari kerja jumpa je orang tua atau muda dia akan tanya "dah balik ker"(dalam bahasa jepunlah). Bila nampak kita kayuh basikal dia tanya "nak pergi kedai ker".. kan tak jauh beza dengan masyarakat kampung di Terengganu atau Kelantan. Rata-rata rumah di daerah ini dikelilingi sawah padi, rumah mereka pula bentuk rumah-rumah jepun lama. Penghuninya terdiri dari warga tua, kerana anak-anak telah berpindah ke Tokyo atau bandar-banda besar lain mencari rezki.
Hotel Suwa tempat penginapan aku selama 6 bulan juga ditengah-tengah sawah padi. Kalau musim panas jam 5 pagi sudah kedengaran mesin pembajak dari bilik aku ditingkat 5. Mereka mengejar masa kerana jam 9 pagi mereka akan ketempat kerja, kerja-kerja sawah selepas itu akan diambil alih oleh isteri mereka. Sebelum ketempat kerja selalu gak aku lepak kat tepi sawah sementara menunggu teksi menjemput. Itulah rutin aku setiap hari.Aku ni datang sini atas nama pelatih tapi bila dah masuk Kilang sehari dua tu pelatih lagi, lama-lama kita macam pekerja. Terpaksa buat kerja sama-sama dengan dia orang. Pukul 12 tengahari rehat, lepas makan kejar-kejar pulak kepadang, pukul bola baseball. Kalau tak ikut tak kena sangat maklumlah kat sini akulah satu-satunya muka melayu dan muka asing. Jawabnya kenalah pandai berkawan.
Dari hotel ke Kilang ambil masa 20minit tambangnya 2800 yen, balik pun sama. Kalau aku yang bayar tambang jawabnya hari-hari aku makan bawang jer, nasib baik Kilang bayar.Hotel Suwa pulak sediakan aku sebuah basikal, aku ingat lagi warna putih, basikal tulah aku duk kayuh kehulu kehilir bila time tak kerja. Bila masuk jer musim gugur aku tak usik dah basikal tu, sejuk sangat. Pernah sekali aku kayuh nak ke Pekan pada musim sejuk, tak sampai 1 km terpaksa aku pusing balik, tangan aku habis kebas, sejuk sangat.
Atas tanggungan kilang juga aku berpeluang melawat hampir seluruh bandar-bandar di Jepun secara percuma, aku cuma tak pergi ke Hokaido sebab tempat tu sejuk sangat. Aku pulak kalah dengan sejuk.Aku balik ke Malaysia pada masa salji dah mula turun di Tsukuba jadi tak lah sempat aku main salji, aku sendiri pun tak suka sangat dengan salji.Apa Khbar Narahara san, Endo Kacho, Sakanashisan, Nambasan, dan yang lain-lain. salam dari Malaysia. tq
Wednesday, February 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment