Bila umur dah meningkat, macam-macam penyakit mula bertamu, saat ini membuat kita rindu pada kenangan masa lalu. Rindu pada kawan-kawan, rindu pada tempat bermain, tapi semua tu hanya rindu yang tak boleh diubat. Bila kita cuba membuang sedikit masa ketempat di mana kita bermain, rindu itu tetap juga tak terubat, sebab disana kawan-kawan sudah tiada kalau ada pun suasana tetap tak serupa kerana kawan-kawan sudah berubah seratus peratus.Kalau dulu mereka periang suka berjenaka, tapi sekarang sudah sibuk melayan anak-anak bermain. Ada pula yang tak berenggang dengan isteri...."kawan! kemana kah hilangnya diri kamu, yang dulu yang aku rindu".
Umur 17 tahun saat sibuk mentelaah untuk SPM saat itulah yang paling banyak kenangan. Kenangan semasa tingkatan 4 ingatan dah agak kabur, tingkatan 3 pun suram, tingkatan 2 dan 1 hanya kes-kes tertentu sahaja yang menjadi ingatan.Ada dara periang Robitah Baharuddin, Noraini Abdullah, Rokiah Hussin dan ramai lagi, Yang serius pula Rokiah Ismail. Maklumlah dia "head girl" mana boleh dekat silap sikit kena marah. Kaki buku pula Adam Sulung dan Zaki Muda. Yang selalu "go lucky" Ismail Abd Rahman, Suhaimi sulong, Zawawi Jusoh, Jalil Idris dan Ahmad Ghani. Geng ni tak pernah berenggang ada Mail adalah Suhaimi, Awi, Jalil dan Mat Ghani sah tak tinggal. Kena "public canning" pun sama-sama kecuali Mat Ghani dengan Jalil tah macam mana tak kena.
Bila ingat balik macam mana Mat Ghani dengan jalil tak kena "public canning" rupanya 3 orang tu pinjam basikal besar Mat Ghani pergi balik ambil suarat khabar yang kelas langgam. Suhaimi tukang kayuh, Mail kat belakang dan Awi kat depan sebab dia kecil. Suhaimi pulak tinggi dan kacak. Kesian masa public canning tu, belum lagi Cikgu Mahmod angkat rotan Awi dah menangis, pastu Awi nak bergaduh pulak dengan Zaki Muda, nasib baik lepas tu settle.Rashid Mohammad, Razali, Rahim, Pak Lah dia orang ni baik-baik tak pernah buat hal kat sekolah. Yang perempuan pula semua cantik-cantik dan baik-baik susah nak cari kawan macam tu. Paling tak lupa Rokiah Ismail, Robitah Baharuddin dan Noraini Abdullah, mereka bertiga bukan takat cantik tetapi baik. Kalau time miskin tu bolehlah tumpang dia orang makan nasi lemak sebungkus 2 orang. Silap-silap Mat Ghani tumpang sekali.Paling menariknya antara kami cukup hormat menghormati, tak timbul cerita buat perkara tak baik masing-masing tahu jaga kehormatan diri.
Rindu ini terlalu kuat, ingin sangat menemui dan bercerita seperti dulu, ingin sangat mendengar khabar berita. Tetapi dunia ini terlalu luas buat sang kerdil yang lemah, sesekali terdengar cerita kawan ini dah jadi orang besar, kawan ini suami dia bukan sebarang orang. Sikerdil terasa makin kerdil, kalau terjumpa takut pula nak bertegur sapa.Kawan! hulurkan tangan mu, bukalah mata mu, luaskanlah telinga mu, marilah kita bertanya khabar kawan-kawan kita, sihat kah dia bagaimana dengan anak-anaknya. Mereka bukan harapkan duit ringgit tetapi mereka hanya ingin mendengar khabar berita. Yang berpangkat turunlah, kotorkan kaki, yang kaya marilah sama-sama kita makan nasi bungkus, yang bergaya marilah sama-sama kita pakai yang baju lusuh, kita sama-sama seperti dulu yang susah dibantu yang senang membantu. Semoga allah sentiasa bersama kita.
Monday, February 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment